Enam Manfaat Mandi Sebelum Subuh
Tuesday, April 2, 2013
0
comments
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi
lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk
tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja
membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.
antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water
heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.
selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi
menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga
dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda
akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan
aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang
positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon
testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin
ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya
ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah
setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang
terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi
sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah
putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan
penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk
dijangkiti dengan sebarang penyakit...
p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya
berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...
Sumber
dari MOMENT COLOUR/facebook.com
0 comments:
Post a Comment